11 Raja Salomo memindahkan isteri baginda, puteri raja Mesir, dari Kota Daud ke tempat kediaman yang dibinanya khas untuk isterinya itu. Raja Salomo bertitah, “Dia tidak boleh tinggal di istana Raja Daud, raja Israel, kerana di mana-mana Tabut Perjanjian pernah disimpan, tempat itu suci.”