15 Perintah Raja Daud kepada para imam dan orang Lewi tentang stor-stor dan hal-hal lain, semuanya telah dilaksanakan dengan teliti.
16 Sekarang semua projek pembinaan yang dirancangkan oleh Raja Salomo telah selesai. Sejak perletakan batu asas bagi Rumah TUHAN sehingga selesainya pembinaan itu, semuanya dilaksanakan dengan baik.
17 Selepas itu Raja Salomo pergi ke Ezion-Geber dan Elot, kota-kota pelabuhan di pantai Teluk Akaba, di negeri Edom.
18 Raja Hiram mengirim kapal-kapal yang dikemudi oleh para pegawainya sendiri dan juga anak-anak kapal yang berpengalaman, kepada Raja Salomo. Bersama dengan para pegawai Raja Salomo, mereka belayar ke tanah Ofir dan membawa lebih daripada 15,000 kilogram emas untuk Raja Salomo.