17 Raja Salomo juga membuat sebuah takhta besar daripada gading yang dilapis dengan emas tulen.
18 Takhta itu mempunyai enam buah anak tangga, dan di bawahnya ada sebuah alas kaki yang juga dilapisi emas. Takhta itu mempunyai lengan dan pada setiap sisinya ada patung singa.
19 Pada anak tangga takhta itu, ada dua belas patung singa; satu patung singa pada hujung kiri dan satu lagi pada hujung kanan setiap anak tangga. Tidak ada kerajaan mana pun yang pernah mempunyai takhta seperti itu.
20 Semua cawan Raja Salomo dibuat daripada emas, dan semua perkakas di Dewan Hutan Lebanon itu dibuat daripada emas tulen. Pada zaman Raja Salomo perak tidak dianggap berharga.
21 Raja Salomo mempunyai banyak kapal besar yang belayar di samudera raya bersama dengan kapal-kapal Raja Hiram. Sekali dalam tiga tahun, kapal-kapal Raja Salomo pulang dengan membawa emas, perak, gading, beruk, dan burung merak.
22 Raja Salomo lebih kaya dan lebih bijaksana daripada raja lain di bumi.
23 Semua raja datang untuk mendengar kebijaksanaan yang diberikan Allah kepada Raja Salomo.