22 Raja Salomo lebih kaya dan lebih bijaksana daripada raja lain di bumi.
23 Semua raja datang untuk mendengar kebijaksanaan yang diberikan Allah kepada Raja Salomo.
24 Tiap-tiap orang yang mengunjungi Raja Salomo membawa hadiah untuknya - barangan daripada perak dan emas, serta pakaian, senjata, rempah, kuda, dan baghal. Perkara itu berlangsung tahun demi tahun.
25 Raja Salomo juga mempunyai 4,000 buah kandang untuk kereta kuda dan kudanya. Baginda mempunyai 12,000 orang pasukan berkuda. Sebahagian daripada pasukan itu ditempatkannya di Yerusalem, dan yang lain ditempatkannya di berbagai-bagai kota lain.
26 Raja Salomo menguasai raja-raja di wilayah yang terbentang dari Sungai Efrat sampai ke negeri orang Filistin dan sempadan Mesir.
27 Pada masa pemerintahannya, perak merupakan barangan biasa seperti batu di Yerusalem, dan kayu sedar banyak seperti kayu ara di kaki-kaki bukit di Yehuda.
28 Raja Salomo mengimport kuda dari Musri dan dari setiap negeri lain.