15 Anakku, jangan ikut orang yang demikian. Jauhkan dirimu daripada mereka.
16 Mereka tidak sabar lagi untuk melakukan kejahatan. Mereka ingin cepat-cepat membunuh orang.
17 Tiada gunanya memasang jerat di depan mata burung yang hendak ditangkap,
18 tetapi orang jahat seperti itu memasang perangkap bagi diri mereka - perangkap yang akan membinasakan mereka.
19 Orang yang mencari nafkah dengan keganasan akan membayarnya dengan nyawanya sendiri.
20 Dengarlah! Hikmat sedang berseru di jalan raya dan di pasar,
21 memanggil orang dengan suara yang lantang di pintu gerbang dan di mana-mana sahaja orang berkumpul: