Amsal 30 BM

Kata-Kata Agur

1 Inilah kata-kata yang diucapkan Agur anak Yake dari Masa:“ Aku lelah, ya Allah. Aku lelah!Aku tidak berdaya.

2 Aku bodoh seperti binatang;aku tidak mempunyai pengertian.

3 Aku tidak pernah memperoleh hikmat,dan aku sama sekali tidak mengenal Allah.

4 Siapa pernah naik turun syurga?Siapa pernah menggenggam angin,atau membungkus air dengan kain,ataupun menentukan batas-batas bumi?Siapakah namanya, dan siapakah anaknya?Pasti engkau tahu.

5 Allah menepati segala janji-Nya. Dia seperti perisai bagi semua orang yang meminta perlindungan-Nya.

6 Jika kamu menambah apa yang dikatakan-Nya, Dia akan menegur kamu dan membuktikan bahawa kamu bohong.”

Kata-Kata Hikmat Lain

7 Ya Allah, aku memohon dua hal sebelum aku mati:

8 tolonglah aku supaya aku tidak berdusta, dan tolonglah aku supaya aku tidak kaya dan tidak miskin. Oleh itu, berilah aku hanya apa yang aku perlukan.

9 Jika aku kaya, mungkin aku berkata aku tidak memerlukan Engkau. Sebaliknya, jika aku miskin, mungkin aku mencuri, lalu memalukan Allahku.

10 Jangan fitnah seorang hamba kepada tuannya. Kamu akan dikutuk, dan kamu akan menderita.

11 Ada orang mengutuk bapa dan tidak menghargai ibu.

12 Ada orang menganggap diri mereka suci, padahal kotor sekali.

13 Ada orang menyangka diri mereka baik sekali - bukan main baiknya!

14 Ada orang memperdaya orang yang miskin dan susah. Demikianlah cara mereka mencari nafkah.

15 Lintah darat mempunyai dua orang anak perempuan; kedua-duanya bernama “Berilah aku”!Ada empat hal yang tidak pernah puas:

16 dunia orang mati,perempuan mandul,tanah gersang yang haus akan hujan,dan api yang merebak ke serata tempat.

17 Seorang yang mencemuh bapanya, atau menghina ibunya yang sudah tua, patut dimakan burung hering, atau matanya dipatuk burung gagak hutan.

18 Ada empat hal yang terlalu sukar untuk aku fahami:

19 burung helang yang terbang di langit,ular yang menjalar di atas batu,kapal yang belayar di tengah laut,dan lelaki serta wanita yang jatuh cinta.

20 Inilah yang dilakukan oleh isteri yang tidak setia: dia berzina, lalu mandi. Setelah itu dia berkata, “Aku tidak berbuat apa-apa yang salah!”

21 Ada empat hal yang sukar diterima di seluruh dunia:

22 seorang hamba yang menjadi raja,seorang bodoh yang mendapat semua makanan yang diingininya,

23 seorang perempuan yang dibenci orang, tetapi dapat berkahwin,dan seorang hamba perempuan yang merampas kedudukan puannya.

24 Ada empat jenis binatang di bumi ini yang kecil tetapi sangat bijak:

25 Semut tidak kuat, tetapi menyimpan makanan pada musim panas.

26 Landak batu tidak kuat, tetapi membuat rumah di bukit batu.

27 Belalang tidak mempunyai raja, tetapi berbaris dengan teratur.

28 Cicak dapat ditangkap dengan tangan, namun terdapat di istana.

29 Ada empat jenis makhluk yang kelihatan gagah ketika berjalan:

30 singa, binatang yang terkuat dan tidak takut terhadap apa-apa;

31 kambing jantan;ayam jantan yang mengigal;dan raja di hadapan rakyat.

32 Jika kamu telah berlaku sombong serta merancangkan kejahatan, berfikirlah semula!

33 Jika kamu memukul susu, kamu mendapat mentega. Jika kamu meninju hidung orang, darah keluar. Jika kamu membangkitkan kemarahan, kamu mendapat kesusahan.

Bab

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 31