18 tetapi orang jahat seperti itu memasang perangkap bagi diri mereka - perangkap yang akan membinasakan mereka.
19 Orang yang mencari nafkah dengan keganasan akan membayarnya dengan nyawanya sendiri.
20 Dengarlah! Hikmat sedang berseru di jalan raya dan di pasar,
21 memanggil orang dengan suara yang lantang di pintu gerbang dan di mana-mana sahaja orang berkumpul:
22 “Hai orang bodoh! Berapa lama lagi kamu hendak menjadi bodoh? Berapa lama lagi kamu akan mengolok-olokkan pengetahuan? Bilakah kamu mahu belajar?
23 Dengarlah apabila aku menegur ajar kamu. Aku akan menasihatkan kamu, dan membahagikan pengetahuanku kepada kamu.
24 Aku memanggil dan menjemput kamu datang tetapi kamu tidak mahu mendengar. Kamu tidak mempedulikan aku.