25 Kamu mengabaikan semua nasihatku dan tidak mahu menerima tegur ajarku.
26 Oleh itu, apabila kamu susah kelak, aku akan mentertawakan kamu. Aku akan mengejek kamu apabila kamu ditimpa kengerian.
27 Kengerian itu akan datang seperti angin ribut yang membawa bencana, dan kamu akan kesakitan dan menderita.
28 Pada waktu itu kamu akan memanggil aku, tetapi aku tidak akan menjawab. Kamu akan mencari aku di merata-rata tempat, tetapi tidak akan menjumpai aku.
29 Kamu membenci pengetahuan dan tidak mahu taat kepada TUHAN.
30 Kamu tidak pernah mahu menerima nasihatku atau mempedulikan tegur ajarku.
31 Oleh itu, kamu akan menerima nasib yang setimpal dengan kelakuan kamu, dan kamu akan merasai akibat perbuatan kamu.