1 Anak yang bijak menerima tegur ajar bapa, tetapi orang yang sombong tidak mahu menerima tegur ajar.
2 Kata-kata orang baik mendatangkan balasan yang baik, tetapi orang yang penuh dengan muslihat suka akan keganasan.
3 Orang yang berhati-hati dengan kata-katanya, melindungi diri sendiri. Orang yang bercakap sembarangan, membinasakan dirinya.
4 Orang malas yang banyak keinginan, tidak akan mencapainya. Orang rajin akan mendapat apa sahaja yang diingini mereka.
5 Orang jujur membenci dusta, tetapi kata-kata orang jahat memalukan dan membawa aib.
6 Kejujuran melindungi orang yang tidak bersalah, tetapi kejahatan mencelakakan orang yang berdosa.