19 Alangkah baiknya mendapat apa yang diinginkan! Orang bodoh tidak mahu berpaling daripada kejahatan.
20 Orang yang bergaul dengan orang bijak akan menjadi bijak; orang yang bersahabat dengan orang bodoh akan celaka.
21 Kesusahan mengekori orang berdosa, tetapi orang baik menerima kebaikan.
22 Orang baik akan mewariskan hartanya kepada anak cucu, sedangkan harta orang berdosa diwarisi oleh orang yang lurus hati.
23 Tanah kosong dapat menghasilkan banyak makanan untuk orang miskin, tetapi orang yang tidak adil menghalang tanah itu daripada diusahakan.
24 Orang yang tidak memukul anaknya, tidak mengasihi anak itu. Orang yang mengasihi anaknya akan mendisiplinkan anak itu.
25 Orang baik sentiasa cukup makanan, tetapi orang jahat sentiasa kelaparan.