21 Orang yang mengasihani orang miskin akan berbahagia; orang yang menghina orang lain berbuat dosa.
22 Orang yang berbuat baik akan dipercayai dan dihormati, tetapi orang yang berbuat jahat melakukan kesalahan.
23 Setiap usaha menghasilkan keuntungan; bercakap kosong membuat orang jatuh miskin.
24 Orang bijak dipuji kerana kebijaksanaan mereka, tetapi orang bodoh terkenal kerana kebodohan mereka.
25 Saksi yang jujur menyelamatkan orang, tetapi saksi yang berdusta mengkhianati orang.
26 Hormat dan takut kepada TUHAN memberi seseorang serta keluarganya keyakinan dan keselamatan.
27 Jika hendak menjauhkan diri daripada maut, hormatlah dan takutlah kepada TUHAN kerana Dia sumber kehidupan.