5 Saksi yang jujur sentiasa mengatakan yang benar, tetapi saksi yang tidak jujur selalu berdusta.
6 Orang sombong tidak akan menjadi bijak, tetapi orang cerdas belajar dengan mudah.
7 Jauhkanlah diri daripada orang bodoh; mereka tidak dapat mengajarkan apa-apa.
8 Orang yang bijak tahu apa yang harus dilakukannya; orang yang bodoh tertipu oleh kebodohannya sendiri.
9 Orang bodoh tidak peduli sama ada dosa mereka diampunkan atau tidak, tetapi orang baik mahu dosa mereka diampunkan.
10 Suka duka seseorang dirasakannya sendiri; tiada sesiapa dapat ikut merasakannya.
11 Rumah orang baik tetap kukuh, tetapi rumah orang jahat akan roboh.