1 Lebih baik makan sesuap makanan dengan fikiran yang tenang, daripada makan jamuan besar di rumah yang penuh dengan pertengkaran.
2 Hamba yang bijak akan menguasai anak tuannya yang mendatangkan malu, dan mewarisi sebahagian hartanya.
3 Emas dan perak diuji oleh api, tetapi hati orang diuji oleh TUHAN.
4 Orang jahat menyambut cadangan jahat, dan pembohong suka mendengar kata-kata dusta.
5 Sesiapa yang mentertawakan orang miskin, menghina Allah yang mencipta mereka. Sesiapa yang gembira kerana kemalangan orang lain akan dihukum.
6 Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.