11 Maut datang seperti utusan yang kejam kepada orang jahat yang selalu menimbulkan kekacauan.
12 Lebih baik berjumpa dengan beruang betina yang kehilangan anaknya, daripada berjumpa dengan orang bodoh yang sibuk dengan kebodohannya.
13 Orang yang membalas kebaikan dengan kejahatan, tidak dapat membanteras kejahatan dari rumahnya.
14 Permulaan pertengkaran bagaikan retak pada empangan; cegahlah pertengkaran sebelum bermula.
15 TUHAN membenci perbuatan melepaskan orang jahat dan perbuatan menyalahkan orang yang tidak bersalah.
16 Sia-sia sahaja orang bodoh menghabiskan wang mencari hikmat, kerana dia tidak berakal.
17 Sahabat sentiasa saling mengasihi, dan sanak keluarga saling menanggung kesusahan.