3 Emas dan perak diuji oleh api, tetapi hati orang diuji oleh TUHAN.
4 Orang jahat menyambut cadangan jahat, dan pembohong suka mendengar kata-kata dusta.
5 Sesiapa yang mentertawakan orang miskin, menghina Allah yang mencipta mereka. Sesiapa yang gembira kerana kemalangan orang lain akan dihukum.
6 Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.
7 Orang berhormat tidak patut berdusta, dan orang bodoh tidak dapat mengatakan yang berfaedah.
8 Ada orang berpendapat bahawa rasuah dapat membuat keajaiban; mereka percaya segalanya terlaksana dengan rasuah.
9 Jika ingin disukai orang, maafkanlah kesalahan yang dilakukan mereka. Membangkit-bangkit kesalahan akan memutuskan persahabatan.