6 Orang tua bangga akan cucu seperti anak bangga akan ibu bapa.
7 Orang berhormat tidak patut berdusta, dan orang bodoh tidak dapat mengatakan yang berfaedah.
8 Ada orang berpendapat bahawa rasuah dapat membuat keajaiban; mereka percaya segalanya terlaksana dengan rasuah.
9 Jika ingin disukai orang, maafkanlah kesalahan yang dilakukan mereka. Membangkit-bangkit kesalahan akan memutuskan persahabatan.
10 Satu kali ditegur ajar lebih bererti bagi orang bijak, daripada seratus kali cambukan pada orang bodoh.
11 Maut datang seperti utusan yang kejam kepada orang jahat yang selalu menimbulkan kekacauan.
12 Lebih baik berjumpa dengan beruang betina yang kehilangan anaknya, daripada berjumpa dengan orang bodoh yang sibuk dengan kebodohannya.