12 Orang yang rendah hati akan dihormati; orang sombong pasti akan binasa.
13 Orang yang menjawab sebelum mendengar, bukan sahaja bodoh tetapi mempermalu diri sendiri.
14 Kemahuan untuk hidup dapat menanggung derita penyakit tetapi jika lenyap kemahuan itu, hilanglah segala harapan.
15 Orang bijak sentiasa sedia dan suka belajar.
16 Hadiah membuka jalan sehingga mudah untuk menemui orang besar.
17 Orang yang pertama berucap di mahkamah selalu nampaknya benar, tetapi kenyataannya akan diuji setelah perkaranya diperiksa.
18 Jika terjadi pertikaian di mahkamah antara dua orang yang berkuasa, buanglah undi untuk menyelesaikannya.