5 Tidak baik memihak orang yang jahat, dan menindas orang yang tidak bersalah.
6 Jika orang bodoh menimbulkan pertengkaran, mereka minta dipukul.
7 Apabila orang bodoh bercakap mereka terjerat oleh kata-kata mereka dan membinasakan diri.
8 Umpatan sangat enak rasanya; orang suka menelannya.
9 Orang malas sama jahatnya dengan orang yang suka merosak.
10 TUHAN seperti menara yang kukuh; ke sanalah orang jujur pergi dan mendapat perlindungan.
11 Tetapi orang kaya menyangka bahawa harta yang melindungi mereka seperti tembok tinggi dan kuat di sekeliling kota.