17 Menolong orang miskin sama seperti memberikan pinjaman kepada TUHAN. TUHAN sendiri akan membalasnya.
18 Disiplinkan anak selagi mereka muda. Jika tidak, kamu menyebabkan kehancuran mereka.
19 Biarlah orang yang cepat marah merasakan akibatnya. Jika kamu menolong orang itu satu kali, kamu harus menolongnya lagi.
20 Orang yang suka mendengar nasihat dan mahu belajar akan menjadi bijaksana kelak.
21 Manusia mempunyai banyak rancangan, tetapi hanya kehendak TUHAN akan terlaksana.
22 Ketamakan merupakan keaiban; lebih baik menjadi orang miskin daripada menjadi pembohong.
23 Hormatilah TUHAN, maka kamu akan panjang umur. Kamu akan puas hati dan bebas daripada bahaya.