17 Dengarlah, aku akan mengajar kamu pepatah orang bijak. Kajilah ajaran mereka.
18 Berbahagialah orang yang dapat menghafaz ajaran itu dan mengutipnya apabila diperlukan.
19 Aku hendak kamu percaya kepada TUHAN, itulah sebabnya aku mengajarkannya kepada kamu sekarang.
20 Aku telah menuliskan tiga puluh pepatah yang mengandungi pengetahuan dan nasihat baik,
21 yang akan mengajar kamu apa yang sungguh-sungguh benar. Nanti, jika kamu ditanya, kamu dapat memberikan jawapan yang tepat.
22 Jangan perdaya orang miskin kerana mereka miskin, dan jangan tipu mereka di mahkamah.
23 TUHAN akan membela mereka, dan mencabut nyawa orang yang menindas mereka.