19 Dengarlah, hai anakku! Jadilah bijaksana dan ikutlah cara hidup yang betul.
20 Jangan bergaul dengan pemabuk atau orang gelojoh,
21 kerana mereka akan jatuh miskin. Jika kamu hanya makan dan tidur, tidak lama lagi kamu akan berpakaian compang-camping.
22 Dengarkanlah nasihat bapamu, kerana tanpa dia, kamu tidak ada. Ketika ibumu tua, tunjukkanlah penghargaanmu kepadanya.
23 Ajaran yang benar, hikmat, pendidikan, dan pengertian - semua itu patut dibeli tetapi terlalu berharga untuk dijual.
24 Seorang bapa akan gembira kalau anaknya berbudi pekerti. Dia berbangga kerana anaknya bijak.
25 Semoga ibu bapamu bangga terhadapmu. Semoga ibu yang melahirkan kamu bersukacita.