22 Dengarkanlah nasihat bapamu, kerana tanpa dia, kamu tidak ada. Ketika ibumu tua, tunjukkanlah penghargaanmu kepadanya.
23 Ajaran yang benar, hikmat, pendidikan, dan pengertian - semua itu patut dibeli tetapi terlalu berharga untuk dijual.
24 Seorang bapa akan gembira kalau anaknya berbudi pekerti. Dia berbangga kerana anaknya bijak.
25 Semoga ibu bapamu bangga terhadapmu. Semoga ibu yang melahirkan kamu bersukacita.
26 Hai anakku, perhatikanlah baik-baik dan contohilah hidupku.
27 Pelacur dan isteri yang berzina adalah perangkap yang membawa maut.
28 Mereka menanti kamu seperti penyamun dan menyebabkan banyak lelaki berzina.