4 Berhati-hatilah! Jangan rosakkan kesihatan kamu kerana hendak menjadi kaya.
5 Wang kamu boleh hilang secepat kilat, seolah-olah wang itu bersayap dan terbang ke angkasa seperti burung helang.
6 Jangan makan bersama-sama orang kedekut, atau inginkan makanan lazat yang dihidangkannya.
7 “Makan lagi,” katanya, tetapi tidak begitu maksudnya. Dia bermulut manis tetapi hatinya lain.
8 Kamu akan memuntahkan apa yang kamu telan, dan semua kata-kata manis kamu sia-sia sahaja.
9 Jangan cuba nasihati orang bodoh; mereka tidak akan menghargai nasihat kamu.
10 Jangan pindahkan batas tanah yang lama dan jangan rampas tanah anak yatim piatu.