14 Seperti pintu yang berayun pada engselnya, demikianlah orang malas membalik-balikkan badan di atas tempat tidur.
15 Ada orang yang begitu malas sehingga tidak mahu makan sendiri.
16 Si pemalas menganggap dirinya lebih pandai daripada tujuh orang yang dapat menjawab dengan tepat.
17 Melibatkan diri dalam pertengkaran orang lain bagaikan menangkap anjing pada telinganya.
18-19 Orang yang menipu orang lain, lalu berkata bahawa dia hanya bergurau bagaikan orang gila yang bermain dengan senjata yang berbahaya.
20 Tanpa kayu, api padam; tanpa umpatan, pertengkaran pun berhenti.
21 Seperti arang dan kayu membuat api tetap menyala, begitu juga orang yang suka bergaduh menyebabkan pertengkaran.