5 Pertanyaan yang bodoh harus diberikan jawapan yang bodoh juga, supaya si penanya sedar bahawa dia tidak sepandai yang disangkanya.
6 Mengutus orang bodoh untuk menyampaikan pesan sama dengan mematahkan kaki sendiri dan mencari kecelakaan.
7 Seperti orang lumpuh tidak dapat menggunakan kaki, demikian juga orang bodoh tidak dapat menggunakan peribahasa.
8 Memuji orang yang bodoh sia-sia sahaja, seperti batu yang diikat pada lastik.
9 Orang bodoh yang cuba mengutip peribahasa bagaikan orang mabuk yang cuba mengeluarkan duri dari tangannya.
10 Sesiapa yang mengupah orang bodoh akan menyusahkan semua orang.
11 Orang bodoh yang mengulangi kebodohan mereka bagaikan anjing yang menjilat semula muntahnya.