9 Orang bodoh yang cuba mengutip peribahasa bagaikan orang mabuk yang cuba mengeluarkan duri dari tangannya.
10 Sesiapa yang mengupah orang bodoh akan menyusahkan semua orang.
11 Orang bodoh yang mengulangi kebodohan mereka bagaikan anjing yang menjilat semula muntahnya.
12 Sebodoh-bodohnya orang, tidaklah sebodoh orang yang menyangka dirinya bijak, padahal tidak.
13 Orang malas tidak suka keluar dari rumah. Dia berkata bahawa dia akan diterkam oleh singa jika dia keluar.
14 Seperti pintu yang berayun pada engselnya, demikianlah orang malas membalik-balikkan badan di atas tempat tidur.
15 Ada orang yang begitu malas sehingga tidak mahu makan sendiri.