1 Jangan banggakan hari esok, kerana orang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.
2 Biarlah orang lain memuji kamu - bahkan orang asing pun. Jangan puji diri sendiri.
3 Batu dan pasir masih ringan jika dibandingkan dengan kesusahan yang disebabkan oleh kebodohan.
4 Kemarahan itu kejam serta menghancurkan, tetapi tiada sesiapa dapat menghadapi kecemburuan.