20 Di dunia orang mati, selalu ada tempat; begitu juga nafsu manusia tidak ada batasnya.
21 Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian.
22 Walaupun orang bodoh dipukul hingga setengah mati, namun kebodohannya tidak lenyap.
23 Peliharalah ternakan kamu baik-baik,
24 kerana kekayaan tidak kekal. Bahkan kuasa untuk memerintah pun tidak tetap selama-lamanya.
25 Kamu memotong rumput dan mengumpulkannya untuk ternakan kamu, tetapi sementara itu rumput yang baru tumbuh.
26 Kamu dapat membuat pakaian daripada bulu domba. Kamu dapat membeli tanah daripada jualan kambing.