21 Emas dan perak diuji dengan api; orang dinilai menurut sikapnya terhadap pujian.
22 Walaupun orang bodoh dipukul hingga setengah mati, namun kebodohannya tidak lenyap.
23 Peliharalah ternakan kamu baik-baik,
24 kerana kekayaan tidak kekal. Bahkan kuasa untuk memerintah pun tidak tetap selama-lamanya.
25 Kamu memotong rumput dan mengumpulkannya untuk ternakan kamu, tetapi sementara itu rumput yang baru tumbuh.
26 Kamu dapat membuat pakaian daripada bulu domba. Kamu dapat membeli tanah daripada jualan kambing.
27 Kambing yang selebihnya akan menghasilkan susu bagi kamu, keluarga kamu, dan pelayan perempuan.