19 Dia memintal benang dan menenun kainnya sendiri.
20 Dia murah hati kepada orang yang miskin dan susah.
21 Pada musim sejuk dia tidak khuatir, kerana keluarganya mempunyai baju panas.
22 Dia membuat permaidani dan memakai pakaian daripada kain linen ungu yang halus.
23 Suaminya pemimpin masyarakat, dan seorang yang kenamaan.
24 Dia menjahit pakaian dan membuat ikat pinggang untuk dijual kepada pedagang.
25 Dia berwibawa serta dihormati orang. Dia tidak khuatir akan masa hadapan.