20 Hai anakku, perhatikanlah nasihatku. Dengarlah kata-kataku.
21 Jangan sekali-kali kamu lupakannya. Ingatlah dan simpanlah kata-kataku dalam hatimu.
22 Sesiapa yang memahami nasihatku itu akan hidup dan menjadi sihat.
23 Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu.
24 Jangan katakan apa yang tidak benar. Jangan ucapkan dusta dan kata-kata yang menyesatkan orang.
25 Pandanglah ke hadapan dengan keyakinan yang sungguh-sungguh, dan jangan tundukkan kepalamu kerana malu.
26 Buatlah rancanganmu dengan teliti supaya apa sahaja yang kamu lakukan akan berjaya.