8 Cintailah hikmat, maka kamu akan ditinggikannya. Peluklah hikmat, maka kamu akan dimuliakannya.
9 Hikmat akan menjadi mahkota kemegahanmu.”
10 Hai anakku, dengarlah kataku. Perhatikanlah baik-baik nasihatku supaya panjang umurmu.
11 Aku sudah mengajar kamu hikmat dan cara hidup yang benar.
12 Jika kamu hidup demikian, kamu tidak akan terhalang ketika berjalan, dan kamu tidak akan tersandung ketika berlari.
13 Hendaklah kamu sentiasa ingat akan ajaran yang telah kamu terima daripadaku. Jagalah ajaran itu baik-baik, kerana dengan ajaran itu hidupmu akan berhasil.
14 Jangan ke tempat orang jahat pergi dan jangan contohi mereka.