12 Orang yang jahat dan tidak berguna membohong di sana sini.
13 Mereka mengenyitkan mata dan memberikan isyarat untuk menipu kamu,
14 sementara merancang kejahatan dalam fikiran mereka yang sesat. Mereka menimbulkan kekacauan di merata tempat.
15 Kerana perbuatan mereka itu, bencana akan menimpa mereka dengan mengejut, dan mereka akan dihancurkan sama sekali.
16-19 Ada tujuh perkara yang dibenci oleh TUHAN dan tidak dapat dibiarkan-Nya:sikap yang sombong,mulut yang membohong,tangan yang membunuh orang yang tidak bersalah,fikiran yang merancang hal-hal jahat,kaki yang bergegas menuju kejahatan,saksi yang terus-menerus berdusta,dan orang yang menyebabkan perkelahian antara sahabat.
20 Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.
21 Ingatlah dan simpanlah kata-kata mereka dalam hatimu.