15 Kerana perbuatan mereka itu, bencana akan menimpa mereka dengan mengejut, dan mereka akan dihancurkan sama sekali.
16-19 Ada tujuh perkara yang dibenci oleh TUHAN dan tidak dapat dibiarkan-Nya:sikap yang sombong,mulut yang membohong,tangan yang membunuh orang yang tidak bersalah,fikiran yang merancang hal-hal jahat,kaki yang bergegas menuju kejahatan,saksi yang terus-menerus berdusta,dan orang yang menyebabkan perkelahian antara sahabat.
20 Hai anakku, lakukanlah perintah bapamu, dan jangan lupakan ajaran ibumu.
21 Ingatlah dan simpanlah kata-kata mereka dalam hatimu.
22 Ajaran mereka akan memimpin kamu dalam perjalanan, melindungi kamu pada waktu malam, dan menasihati kamu pada waktu siang.
23 Petunjuk mereka bagaikan lampu yang terang, dan teguran mereka menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
24 Dengan demikian kamu dijauhkan daripada perempuan jalang dan daripada pujukan isteri orang lain.