2 maka kamu terikat oleh kata-katamu atau terjerat oleh janjimu sendiri.
3 Kalau begitu anakku, kamu sudah dalam kuasa orang itu. Tetapi inilah caranya kamu dapat melepaskan diri: pergilah segera kepadanya dan mohonlah dia membebaskan kamu.
4 Jangan tidur ataupun rehat sebelum kamu berbuat demikian.
5 Selamatkanlah dirimu daripada perangkap itu seperti burung atau kijang melepaskan diri daripada pemburu.
6 Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut.
7 Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa,
8 tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.