29 Demikian juga bahayanya jika seorang lelaki tidur dengan isteri orang lain. Sesiapa yang melakukan hal itu akan menanggung akibatnya.
30 Orang tidak menghina pencuri yang mencuri makanan kerana lapar;
31 walaupun demikian, jika pencuri itu tertangkap, dia mesti menggantinya tujuh kali ganda dan dia mesti menyerahkan segala miliknya.
32 Tetapi seorang lelaki yang berzina sangat bodoh. Lelaki itu membinasakan dirinya sendiri.
33 Dia akan dihina dan dipukul orang. Dia akan dipermalukan selama-lamanya.
34 Seorang suami paling marah apabila dia cemburu. Dendamnya tidak mengenal batas.
35 Dia tidak mahu menerima ganti rugi; pemberian sebanyak apa pun tidak dapat meredakan kemarahannya.