4 Jangan tidur ataupun rehat sebelum kamu berbuat demikian.
5 Selamatkanlah dirimu daripada perangkap itu seperti burung atau kijang melepaskan diri daripada pemburu.
6 Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut.
7 Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa,
8 tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.
9 Berapa lamakah orang malas hendak berbaring? Bilakah dia akan bangun?
10 Dia berkata, “Aku hendak tidur sekejap saja. Aku hendak berpangku tangan dan berehat sebentar.”