6 Orang yang malas harus belajar daripada cara hidup semut.
7 Semut tidak mempunyai pemimpin, atau ketua, ataupun penguasa,
8 tetapi semut menyimpan makanan pada musim menuai sebagai persediaan semasa tidak ada makanan.
9 Berapa lamakah orang malas hendak berbaring? Bilakah dia akan bangun?
10 Dia berkata, “Aku hendak tidur sekejap saja. Aku hendak berpangku tangan dan berehat sebentar.”
11 Tetapi sementara dia tidur, dia akan ditimpa kemiskinan yang datang seperti perompak yang bersenjata.
12 Orang yang jahat dan tidak berguna membohong di sana sini.