4 “Hai umat manusia, aku merayu kepada kamu;setiap insan di bumi, perhatikanlah seruanku.
5 Kamu yang kurang matang, matangkan fikiranmu;kamu yang bebal, belajarlah supaya berakal.
6 Dengarlah kata-kataku,kerana semuanya tepat dan berguna.
7 Apa yang aku katakan, betul semuanya,kerana aku membenci dusta.
8 Segala yang aku katakan benar;tiada satu pun yang menyesatkan atau salah.
9 Bagi orang yang berpengertian, semuanya jelas;bagi orang yang berpengetahuan, semuanya terang.
10 Hargailah ajaranku lebih daripada perak;pentingkanlah pengetahuan lebih daripada emas tulen.