35 Beberapa orang pemimpin yang bijaksana itu akan dibunuh, tetapi akibatnya umat itu akan menjadi murni. Perkara itu akan berlangsung sehingga akhir jangka masa yang telah ditentukan oleh Allah.
36 Raja Siria akan berbuat sesuka hati. Dengan sombong, raja akan menganggap dirinya lebih besar daripada dewa mana pun, bahkan lebih berkuasa daripada Allah Yang Maha Tinggi. Raja itu berbuat demikian sehingga tiba waktunya Allah menghukum dia. Allah akan melakukan tepat seperti rancangan-Nya.
37 Raja itu tidak akan mengendahkan dewa yang disembah oleh nenek moyangnya, dan juga dewa yang dipuja kaum wanita. Sebenarnya raja itu tidak akan mengendahkan semua dewa kerana pada sangkanya dirinya lebih besar daripada semua itu.
38 Sebaliknya raja itu akan menyembah dewa yang melindungi kubu-kubu. Raja itu mempersembahkan emas, perak, batu permata, dan hadiah-hadiah lain yang mahal kepada dewa yang tidak pernah disembah oleh nenek moyangnya.
39 Raja itu akan menggunakan orang yang menyembah berhala asing untuk mempertahan kubu-kubunya. Raja itu akan menganugerahkan pangkat kebesaran kepada orang yang menyambutnya sebagai penguasa. Raja itu akan memberi mereka kedudukan yang tinggi dan tanah sebagai ganjaran.
40 Apabila akhir kekuasaan raja Siria hampir tiba, raja Mesir akan menyerang dia. Tetapi raja Siria akan membalas serangan itu dengan segenap kekuatannya. Raja Siria akan menggunakan kereta kuda, kuda, dan banyak kapal. Seperti air bah, raja Siria akan menyerang banyak negeri,
41 bahkan menyerang tanah yang permai dan membunuh berpuluh ribu orang; tetapi negeri Edom, Moab, dan orang yang masih ada di Amon akan terselamat.