8 Aku mendengar kata-katanya, tetapi aku tidak memahaminya. Oleh itu aku bertanya, “Tetapi, tuan, bagaimanakah kesudahannya kelak?”
9 Dia menjawab, “Hai Daniel, engkau harus pergi sekarang, kerana kata-kata itu mesti dirahsiakan sehingga akhir zaman.
10 Banyak orang akan diuji dan dimurnikan. Orang jahat tidak akan mengerti; mereka akan meneruskan kejahatan mereka. Hanya orang bijaksana akan mengerti.
11 Sejak masa korban harian dihentikan, iaitu sejak ‘Bencana Yang Dahsyat’ itu, 1,290 hari akan berlalu.
12 Berbahagialah orang yang tetap setia sehingga 1,335 hari itu telah berlalu.
13 Engkau Daniel, harus setia sampai akhir. Engkau akan meninggal, tetapi engkau akan bangkit untuk menerima ganjaranmu pada akhir zaman.”