1 Selepas Raja Belsyazar dibunuh, Raja Darius orang Media, yang ketika itu berusia enam puluh dua tahun, merebut takhta kerajaan Babilonia.
2 Raja Darius membahagi kerajaannya kepada seratus dua puluh wilayah, yang setiapnya diperintah oleh seorang gabenor.
3 Selain itu, baginda memilih Daniel dan dua orang lain untuk mengawasi para gabenor itu serta menjaga kepentingan raja.
4 Lalu ternyatalah pekerjaan Daniel lebih baik daripada pengawas ataupun gabenor yang lain-lain itu. Kerana Daniel begitu cekap, raja ingin melantik dia menjadi penguasa seluruh kerajaan.