14 Aku mendengar malaikat yang lain menjawab, “Hal itu akan berlaku selama 1,150 hari, dan selama itu korban pagi dan korban petang tidak akan dipersembahkan. Selepas itu Rumah TUHAN akan dipulihkan.”
15 Ketika aku sedang berusaha untuk memahami makna penglihatan itu, tiba-tiba seorang berdiri di hadapanku.
16 Aku mendengar suara dari Sungai Ulai berkata, “Gabriel, terangkanlah makna penglihatan itu kepadanya.”
17 Gabriel mendekati aku dan berdiri di sisiku. Aku begitu takut sehingga aku meniarapkan diri.Gabriel berkata kepadaku, “Hai manusia fana, fahamilah maknanya. Penglihatan itu tentang akhir zaman.”
18 Sedang dia bercakap, aku jatuh ke tanah dan tidak sedar. Tetapi dia memegang aku, dan menolong aku berdiri.
19 Katanya lagi, “Aku akan memberitahu engkau keadaannya kelak sebagai akibat kemurkaan Allah. Penglihatan itu tentang akhir zaman.
20 Domba jantan yang mempunyai dua buah tanduk, yang kamu nampak itu melambangkan kerajaan Media dan Persia.