1 Inilah keturunan Sem, Yafet, dan Ham, anak-anak Nuh. Selepas banjir itu, ketiga-tiga mereka mendapat anak lelaki.
2 Inilah anak-anak Yafet: Gomer, Magog, Madai, Yawan, Tubal, Mesekh, dan Tiras.
3 Keturunan Gomer ialah penduduk Askenas, Rifat, dan Togarma.
4 Keturunan Yawan ialah penduduk Elisa, Sepanyol, Siprus, dan Rodes.
5 Mereka nenek moyang orang yang tinggal di sepanjang pantai dan di pulau-pulau. Mereka semua keturunan Yafet. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing, dan mempunyai bahasa sendiri.
6 Inilah keturunan Ham: Kus, Mesir, Libia, dan Kanaan.
7 Keturunan Kus ialah penduduk Seba, Hawila, Sabta, Raema, dan Sabtekha. Keturunan Raema ialah penduduk Syeba dan Dedan.
8 Kus mempunyai seorang anak lelaki yang bernama Nimrod. Nimrod menjadi seorang penakluk agung yang pertama sekali di dunia.
9 Dengan pertolongan TUHAN, Nimrod menjadi seorang pemburu yang ulung. Oleh itu orang berkata, “Semoga TUHAN menjadikan kamu pemburu yang ulung seperti Nimrod.”
10 Mula-mula kerajaan Nimrod meliputi Babel, Erekh, dan Akad, yang semuanya di Babilonia.
11 Dari sana, Nimrod pergi ke Asyur lalu membina kota Niniwe, Rehobot-Ir, Kalah,
12 dan Resen, yang terletak di antara Niniwe dan Kalah, sebuah kota yang besar.
13 Keturunan Mesir ialah penduduk Lidia, Anamim, Lehabim, Naftuhim,
14 Patrusim, Kasluhim, dan Kaftorim, nenek moyang bangsa Filistin.
15 Anak Kanaan ialah Sidon yang sulung, dan Het.
16 Kanaan juga nenek moyang orang Yebusi, Amori, Girgasi,
17 Hewi, Arki, Sini,
18 Arwadi, Semari, dan Hamati. Keturunan suku-suku Kanaan itu terserak jauh
19 sampai ke sempadan negeri mereka dan meluas dari Sidon ke selatan menuju Gerar, sampai ke Gaza, dan ke timur menuju Sodom, Gomora, Adma, dan Zeboim, sampai ke Lasa.
20 Mereka semua keturunan Ham. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.
21 Sem, abang Yafet, ialah nenek moyang semua orang Ibrani.
22 Inilah anak-anak Sem: Elam, Asyur, Arpakhsad, Lud, dan Aram.
23 Keturunan Aram ialah penduduk Us, Hul, Geter, dan Mas.
24 Arpakhsad bapa Selah, dan Selah bapa Eber.
25 Eber mempunyai dua orang anak lelaki; yang pertama dinamakan Peleg, kerana pada zamannya penduduk dunia terbahagi-bahagi. Anak yang kedua bernama Yoktan.
26 Keturunan Yoktan ialah penduduk Almodad, Selef, Hazarmawet, Yerah,
27 Hadoram, Uzal, Dikla,
28 Obal, Abimael, Syeba,
29 Ofir, Hawila, dan Yobab. Mereka semua keturunan Yoktan.
30 Daerah tempat tinggal mereka meluas dari Mesa ke Sefar, kawasan pergunungan di sebelah timur.
31 Mereka semua keturunan Sem. Setiap suku tinggal di negeri masing-masing dan mempunyai bahasa sendiri.
32 Mereka semua keturunan Nuh, suku demi suku, menurut jurai keturunan masing-masing. Selepas banjir itu, semua orang di dunia keturunan anak-anak Nuh.