Kejadian 5 BM

Keturunan Adam

1 Inilah senarai keturunan Adam. (Pada masa Allah menciptakan manusia, Allah menjadikan mereka seperti diri-Nya sendiri.

2 Dia menciptakan mereka lelaki dan perempuan. Dia memberkati mereka dan menamakan mereka “Manusia”.)

3 Ketika Adam berumur 130 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki yang mirip dengan dia, lalu dia menamakannya Set.

4 Selepas itu Adam hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

5 Adam meninggal ketika berumur 930 tahun.

6 Ketika Set berumur 105 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Enos.

7 Selepas itu Set hidup selama 807 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

8 Set meninggal ketika berumur 912 tahun.

9 Ketika Enos berumur 90 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Kenan.

10 Selepas itu Enos hidup selama 815 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

11 Enos meninggal ketika berumur 905 tahun.

12 Ketika Kenan berumur 70 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Mahalaleel.

13 Selepas itu Kenan hidup selama 840 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

14 Dia meninggal ketika berumur 910 tahun.

15 Ketika Mahalaleel berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Yared.

16 Selepas itu Mahalaleel hidup selama 830 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

17 Dia meninggal ketika berumur 895 tahun.

18 Ketika Yared berumur 162 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Henokh.

19 Selepas itu Yared hidup selama 800 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

20 Dia meninggal ketika berumur 962 tahun.

21 Ketika Henokh berumur 65 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Metusalah.

22 Selepas itu, Henokh hidup akrab dengan Allah selama 300 tahun. Henokh mendapat anak-anak lain

23 dan mencapai umur 365 tahun.

24 Oleh sebab Henokh selalu hidup akrab dengan Allah, dia menghilang kerana diambil oleh Allah.

25 Ketika Metusalah berumur 187 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki bernama Lamekh.

26 Selepas itu Metusalah hidup selama 782 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

27 Dia meninggal ketika berumur 969 tahun.

28 Ketika Lamekh berumur 182 tahun, dia mendapat seorang anak lelaki.

29 Lamekh berkata, “Anak ini akan memberi keringanan pada masa kita bekerja keras untuk mengusahakan tanah yang dikutuk oleh TUHAN.” Maka Lamekh menamakan anak itu Nuh.

30 Selepas itu Lamekh hidup selama 595 tahun lagi, dan mendapat anak-anak lain.

31 Lamekh meninggal ketika berumur 777 tahun.

32 Ketika Nuh berumur 500 tahun, dia mendapat tiga orang anak lelaki, iaitu Sem, Yafet, dan Ham.