13 Lebih baik engkau katakan saja bahawa engkau adikku supaya aku dibiarkan hidup dan diperlakukan dengan baik kerana engkau.”
14 Setelah Abram melintasi sempadan negeri Mesir, orang Mesir nampak bahawa Sarai sangat cantik.
15 Beberapa orang pegawai istana nampak Sarai, lalu memberitahu raja betapa cantiknya perempuan itu; oleh itu Sarai dibawa ke istana raja.
16 Kerana Sarai, raja memperlakukan Abram dengan baik lalu memberikan hamba, kawanan domba dan kambing, lembu, keldai, serta unta kepadanya.
17 Tetapi kerana raja mengambil Sarai, TUHAN mendatangkan penyakit yang dahsyat kepada baginda serta semua orang di dalam istana baginda.
18 Oleh itu raja memanggil Abram dan bertanya kepadanya, “Apakah yang telah kamu lakukan terhadap beta? Mengapa kamu tidak memberitahu beta bahawa perempuan itu isterimu?
19 Mengapa kamu katakan bahawa dia adikmu, dan membiarkan beta mengambilnya menjadi isteri beta? Ini dia isterimu; ambillah dia dan pergilah!”