3 maka Sarai memberikan Hagar kepada Abram untuk dijadikan gundik. Pada masa itu Abram sudah tinggal di Kanaan selama sepuluh tahun.
4 Abram bersetubuh dengan Hagar, lalu perempuan itu mengandung. Tetapi apabila Hagar tahu bahawa dia mengandung, dia menjadi sombong lalu menghina Sarai.
5 Kemudian Sarai berkata kepada Abram, “Aku sudah memberikan hambaku Hagar kepadamu, dan sejak dia tahu bahawa dia mengandung, dia menghina aku. Hal itu kesalahanmu. Semoga TUHAN mengadili siapa antara kita yang benar, engkau ataupun aku.”
6 Abram menjawab, “Baiklah, dia hambamu dan engkau berkuasa terhadapnya; perlakukanlah dia sesuka hatimu.” Kemudian Sarai memperlakukan Hagar dengan sangat kejam sehingga Hagar melarikan diri.
7 Malaikat TUHAN menjumpai Hagar dekat mata air di padang gurun, di jalan yang menuju ke padang gurun Syur.
8 Malaikat itu berkata, “Hagar, hamba Sarai, engkau dari mana dan hendak ke mana?”Hagar menjawab, “Hamba melarikan diri daripada tuan hamba, Sarai.”
9 Malaikat itu berkata, “Kembalilah kepadanya dan layanilah dia.”