1 TUHAN menampakkan diri kepada Abraham dekat pokok-pokok keramat, tempat beribadat di Mamre. Pada masa itu, hari sangat panas dan Abraham sedang duduk di pintu khemahnya.
2 Apabila dia menjenguk, dia nampak tiga orang berdiri di situ. Abraham segera berlari untuk menyambut mereka. Dengan bersujud,
3 dia berkata, “Hai tuan-tuan, janganlah terus lalu tanpa singgah sebentar; perkenankanlah saya melayani tuan-tuan.
4 Biarlah saya mengambil air untuk membasuh kaki tuan-tuan. Silakan tuan-tuan melepaskan lelah di bawah pokok ini.
5 Saya akan menghidangkan makanan sekadarnya, supaya tuan-tuan mendapat tenaga untuk meneruskan perjalanan. Tuan-tuan sudah menghormati saya dengan sudi singgah di tempat kediaman saya ini.”Mereka menjawab, “Terima kasih kerana kebaikanmu. Kami akan singgah.”