17 TUHAN berfirman dalam hati, “Aku tidak mahu merahsiakan perkara yang akan Aku lakukan daripada Abraham.
18 Keturunannya akan menjadi bangsa yang besar dan berkuasa, dan Aku akan memberkati semua bangsa di bumi kerana dia.
19 Aku sudah memilih dia supaya memerintah anak-anak dan keturunannya untuk taat kepada-Ku dan melakukan hal yang benar dan adil. Jika mereka berbuat demikian, Aku akan memenuhi segala janji-Ku kepada Abraham.”
20 Selanjutnya TUHAN berfirman kepada Abraham, “Ada tuduhan yang berat sekali terhadap penduduk Sodom dan Gomora, dan memang dosa mereka itu sangat besar.
21 Oleh itu Aku hendak turun ke sana untuk menyiasat sama ada tuduhan yang sudah Aku dengar itu benar atau tidak.”
22 Kemudian dua daripada tetamu itu berangkat menuju ke Sodom, tetapi TUHAN tinggal dengan Abraham.
23 Abraham menghampiri TUHAN dan bertanya, “Benarkah Engkau mahu membinasakan orang yang tidak bersalah bersama dengan orang yang bersalah?