6 Abraham segera masuk ke dalam khemah dan berkata kepada Sara, “Cepat, ambillah tepung yang terbaik dan buatlah roti.”
7 Kemudian Abraham berlari ke tempat kawanan ternakannya dan memilih seekor anak lembu yang muda dan gemuk. Dia memberikan anak lembu itu kepada orang suruhan, yang segera menyiapkannya.
8 Selepas itu Abraham mengambil sedikit krim, sedikit susu, dan daging yang sudah dimasak, lalu menghidangkan semua itu kepada tetamunya. Semasa mereka makan, Abraham sendiri melayani mereka di bawah pokok.
9 Kemudian mereka bertanya kepada Abraham, “Di manakah isterimu Sara?”“Di situ, di dalam khemah,” jawab Abraham.
10 Satu daripada mereka berkata, “Sembilan bulan lagi aku akan kembali. Pada waktu itu isterimu Sara akan mempunyai seorang anak lelaki.”Sara sedang memasang telinga di pintu khemah, di belakang tetamu itu.
11 Abraham dan Sara sudah lanjut usia dan Sara sudah mati haid.
12 Oleh itu Sara tertawa dalam hati dan berkata, “Aku yang sudah tua dan layu begini, mana boleh masih ingin berseketiduran dengan suamiku? Lagipun suamiku sudah tua.”